Thursday, November 26, 2015

hujung semester

tiba satu masa kau akan ada rasa untuk meluahkan. tapi kau tak nak memanjang-manjangkan cerita. sekadar meluahkan untuk melepaskan lelah dalam hati. tiba masa itu.

aku akan menulis, type atau seangkatan dengan nya. cuma type dah luahkan ape yang dirasa dan anggap macam akan ada seseorang akan baca. kemudian akan padam tulisan itu dan anggap dah buang jauh-jauh dari hidup aku. kadang-kadang tiba satu masa dalam hidup kita cuma meluahkan pada diri sendiri. sebab tak semua manusia sekeliling kita paham kita. diri kita sendiri adalah kawan baik kita sendiri. belajar bawa diri sendiri kerana yang ada disekeliling kita tidak selamanya berada disitu. hargai mereka selagi ada. hal remeh usah diperbesarkan. kerana kita tak tahu berapa lama lagi kita mampu untuk bersama dengan mereka yang kita sayangi. 

kita cuba menjaga semua perasaan dan kita ada perasaan sendiri yang kita sahaja yang peduli.
cukup lama aku simpan untuk meluahkan. akan tiba
satu masa dalam hidup aku
aku kan menulis ape yang terlintas dalam kepala.

penghujung semseter yang mengusik emosi dan jiwa
penghujung semester yang sakit
penghujung semseter yang di uji dengan perangai manusia yang pelbagai
penghujung semester yang kita sendiri belum habis siap untuk menghadapi peperiksaan.
jikalau pun aku dihujung nyawa aku masih belum siap untuk ke alam seterusnya.

syukur aku masih ada yang kisah
masih ada yang peduli
masih ada yang mampu dengar celoteh 
masih ada yang mampu ajak lepak berborak tidak inggat dunia.
masih ada yang mahu menjaga hati

besyukur apa adanya
apa yang diberi
apa yang kita nikmati
rezeki nyata dan tidak

terima kasih untuk kasih sayang dan doa 
~


ShoutMix chat widget