Friday, June 6, 2014

hancur


Aku mangsa keadaan
Sesungguhnya aku tak bersalah
Kenapa aku di hukum

Sesunguhnya adakah apa yang aku berikan tak mencukupi
Kenapa aku di layan tidak setaraf dengan umur aku
Dia yang bersalah
Kenapa aku yang kena

Kenapa kebebasan aku disekat
kenapa aku kene bekorban keinginan aku
hanya untuk memuaskan hati dia
dia yang tak pernah menghargai
tak penrah fikir tentang orang lain

aku rasa ingin pergi
pergi jauh
jauh dari mereka
aku tak punya daya lagi
untuk terus hanyut dalam perasaan sakit hati aku lagi

aku punya hati
punya keinginan
aku sudah berkorban keinginan aku
aku sudah focus belajar
aku sudah dapatkan keputusan yang termampu untuk aku

apa yang dia telah berikan
kebahagian?
Keputusan cemerlang?
Usaha untuk belajar?
Sikap yang baik?

Kau hanya menyusahkan
Kau hanya menyakitkan hati
Aku sakit hati
Aku terasa hati
Aku mahu lari.

Tolong fahami hati ini
Hati yang terluka
Aku patut bergembira meraikan keputusan peperiksaan aku
Tapi apa yang aku dapat
Hanya melepaskan kekecewaan
Dalam bentuk air mata

Keputusan cemerlang itu tidak mampu untuk mengukir semula
Senyum tawa aku.
Aku sedih
Aku kecewa
Sesunguhnya hanya sang pemilik nyawa ini
Yang mengerti
Betapa remuknya perasaan ini.


Wednesday, June 4, 2014

sedarlah


Sikapmu melampau
Egomu menggunung,
Jikalau kamu fikir diri kamu sudah cukup besar
Cuba hidup di luar tanpa rumah, makanan, duit yang mereka beri.
Adakah kamu bisa hidup?

Wahai manusia
Sedarlah!
Kau sudah jauh tersasar.
Kau tak memikirkan orang lain.
Pikiranmu cetek.

Perbuatanmu menyentap hati ibu bapa mu
Orang sekelilingmu
Kau memberontak seolah-olah tiada lagi hormat pada ibu dan bapa
Sedarlah

Andai kau tak mampu untuk membahagiakan ibu dan bapamu,
Cukup sekadar kau tidak menyusahkan mereka.
Aku rela bahagiakan mereka.
Aku sayangkan mereka,
Aku tahu mereka banyak berkorban.

Tolong
Aku mohon kau sedar.
Perbuatanmu, perangaimu, egomu,pemikiranmu menyakitkan orang sekelilingmu,
Kami keluargamu,
Mereka hanya rakanmu

Kau sudah terpengaruh
‘enjoy’ yang kau rasa sekarang,
Tidak akan memberikan kejayaan dalam hidupmu.
Fikirlah masa hadapan.
Tolonglah…
Tolonglah….

Monday, June 2, 2014

luahan




Wahai hati yang memberontak.
Dek pengaruh yang tidak sihat
Aku mungkin mangsanya
Kita tak layak
Untuk sakitkan hati mereka
Yang bergelar ibu dan bapa

wahai manusia,
Kau tak pernah di tangan ketika kecil,
Tapi aku lalui semua itu,
Kau tak mahu belajar kuat,
Aku buat semua itu,

Tolong!
Tolong fikir panjang,
Fikir masa depan,
Kelak pabila sudah terlambat,
Tiada apa yang boleh di ubah.

Aku tak tahu apa kemahuanmu,
Apa motif kau memberontak sebegini,
Aku tertekan,
Aku cuma rindukan kebahagian yang dahulu,

Walaupun kau dimanja,
Aku hanya bersungut sendiri
Aku hanya berdiam diri,
Aku terima habuan aku,
Hanya setelah aku capai kecermelangan,
Kecemerelangan yang ibu bapa aku inginkan
Mengapa kau sakit hati?

Hanya itu aku mampu untuk bahagiakan mereka,
Hanya mereka aku ada dalam hidup,
Aku tak pernah tergamak nak lakukan,
Apa yang telah kau lakukan pada mereka.

Mengapa tidak kau berusaha keras untuk capai matlamat kau,
Dalam kehidupan bukan hanya keindahan semata
Aku punya waktu sulit aku.
Tapi kau,
Kau hanya cipta masalah
Cari masalah
Tidak kenal erti usaha
Apa kau akan jadi kelak.




ShoutMix chat widget